Kempen Afrika Timur Lewis_Heath

Fail:Indian5div.jpgAskar Artileri India dari Divisyen ke-5 India Mencuci Meriam Milik Tentera Itali Yang Berjaya Mereka Tawan Semasa Kempen Afrika Timur

Jeneral Heath sebelum itu menempah nama sebagai Panglima Divisyen Ke-5 India yang telah berkhidmat cemerlang semasa Kempen Afrika Timur di Sudan. Pada 19 Januari 1941, Divisyen Ke-5 India yang dipimpin Heath telah mara masuk ke Eritrea menuju bandar Agordat. Divisyen Ke-5 India mara lebih 160 kilometer dan menembusi barisan pertahanan askar Itali dan menawan Agordat. Kejayaan Heath semasa kempen ini menonjolkan Heath di mata Pemerintah Tertinggi Tentera British khususnya Claude Auchinleck. Heath dipilih untuk mengetuai III Kor Tentera British India yang ditugaskan dengan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu.

Berkaitan